Kanak-kanak Nasri Rosli yang dirawat di ICU sudah meninggal dunia petang semalam.

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak Orang Asli, Nasri Rosli, 3, yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) meninggal dunia pada jam 6 petang semalam.

Nasri yang menerima rawatan sejak lapan hari lalu tenat dan terpaksa diberi alat sokongan pernafasan.

Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah korban Orang Asli dari Kampung Kuala Koh meningkat kepada 15 orang.

Mereka yang meninggal dunia dipercayai mengalami jangkitan paru-paru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dalam kenyataannya berkata, Unit Forensik hospital akan melakukan bedah siasat pada hari ini untuk mengesahkan sebab kematian.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli akan menghulur dan menguruskan bantuan kepada keluarga adik Nasri. Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/16/orang-asli-nasri-masih-kritikal-di-hrpzii/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast