Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Pas menolak pemimpin parti politik yang ‘aktiviti’ partinya tidak bermoral, bahkan menganggap ia isu kecil dan enteng.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, politik Islam adalah politik bermoral dan berakhlak.

Malah Pas tidak teragak-agak memecat sesiapa sahaja dalam pimpinannya yang tidak bermoral.

Perkara itu dinyatakannya ketika dijemput berucap sempena kunjungannya ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-60 di Dewan Konvensyen Bukit Gambang Resort City, di sini sebentar tadi.
“Bukan macam parti yang menganggap moral perkara kecil, enteng, ringan. Apalagi keruntuhan moral menjadi ‘aktiviti’ partinya.
“Ada parti yang ‘aktiviti’ dia video, ‘aktiviti’ parti dia mengaku. Kita mahu ke pemimpin negara, pemimpin parti yang macam ini? Media, laporkan Pas menolak pemimpin parti politik yang ‘aktivitinya’ tidak bermoral. Kita tak mahu sebut nama, siapa makan cili api dia rasa pedas.
“Kalau sayalah, kalau anak buah macam ini, saya letak jawatan. Bubar sahaja parti. Kepada kita, moral adalah teras yang penting dalam parti, dalam jamaah,” katanya seperti dipetik oleh HarakahDaily.
Abdul Hadi berkata, Pas mementingkan pemeliharaan jati diri dan teras kekuatan yang bergerak dalam kehidupan.
Tambahnya, Pas rela rebah dalam pilihan raya, tetapi tidak rebah dalam perjuangan.
Sehubungan itu, beliau menyeru pemuda memelihara teras penting dan utama tersebut yang menunjukkan pancaran iman, akidah di mana meletakkan politik sebagai ajaran agama yakni politik bersih dan mulia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast