Giampaolo Ketua Jurulatih AC Milan

ROM – AC Milan melantik Marco Giampaolo sebagai ketua jurulatih baharu berkuatkuasa serta-merta.

Beliau menandatangani kontrak dua tahun sehingga 2021. bagi menggantikan Gennaro Gattuso yang meninggalkan kelab itu Mei lalu selepas gagal membantu Ac Milan beraksi pada kempen Liga Juara Juara Eropah musim depan.

Giampaolo pula meninggalkan Sampdoria musim lalu selepas berjaya meletakkan pasukan itu dalam kelompok 10 pasukan teratas Serie A.

Bekas kapten pasukan itu, Maldini telah dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan selepas 25 tahun beraksi untuk kelab itu.

AC Milan juara 7 kali Liga Juara Juara Eropah tidak pernah beraksi dalam liga tersebut sejak musim 2013-2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast