Donald Trump menunjukkan carta penjualan senjata kepada Arab Saudi sambil disaksikan oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman pada Oktober tahun lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat telah mengundi untuk menghalang penjualan senjata bernilai berbilion dolar kepada Arab Saudi.

Tindakan itu sekali gus menolak keputusan awal Presiden Donald Trump.

Trump telah memintas Kongres pada bulan lalu dalam usahanya untuk meneruskan perjanjian bernilai AS$8 bilion dengan mendakwa Iran kini menjadi ancaman kepada Arab Saudi.

Tetapi pada hari Khamis – Republikan yang dipimpin oleh Senat meluluskan tiga resolusi untuk menghalang penjualan.

Presiden telah berjanji untuk menggunakan kuasa veto, menyebabkan perjanjian itu dalam keadaan tidak menentu.

Dalam pada itu, Dewan Perwakilan yang dikuasai oleh Demokrat juga akan mengundi untuk menghalang penjualan, menurut penganalisis Kongres hampir tidak mempunyai undi yang diperlukan untuk mengatasi kuasa veto Trump.

Resolusi penolakan pertama dan kedua diluluskan oleh margin 53-45 dan undi ketiga meliputi beberapa resolusi lain yang berkaitan dengan penjualan senjata, diluluskan dengan 51-45 undi.

Selain Arab Saudi, senjata juga dilaporkan dijual kepada Emiriah Arab Bersatu, Jordan di bawah perjanjian tersebut.

Trump memintas Kongres bulan lalu dengan menggunakan aspek undang-undang persekutuan yang jarang digunakan.

Beliau mengisytiharkan bahawa ketegangan yang berterusan dengan Iran adalah kecemasan nasional, yang bermaksud penjualan senjata – termasuk bom berpandu – adalah satu perkara yang mendesak.

Tetapi langkah itu menimbulkan pertentangan sengit di Capitol Hill dalam kalangan mereka yang bimbang senjata itu boleh digunakan terhadap orang awam di Yaman oleh pasukan tentera yang dipimpin Arab Saudi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast