Gelandangan berjaya menghalang seorang warga emas daripada terus dirogol suspek Valentino (dalam gambar) berulangkali dalam kedjadian di kota London

LONDON – Seorang pelajar universiti dihalang oleh gelandangan daripada merogol seorang wanita warga emas dan membawa kepada tindakan polis.

Suspek Shakur Valentino, 22 disyaki menculik warga emas berusia 60an yang bekerja sebagai tukang cuci selepas mengekori mangsa sepanjang jalan di Pusat London.

Shakur dipercayai menarik warga emas itu ke sebuah lorong sunyi sebelum bertindak merogol wanita itu lebih dua kali pada 4 Februari lalu.

Christopher Fox seorang gelandangan yang melihat mangsa dalam keadaan tertekan dan dirogol kali ketiga, cuba menghalang tetapi takut diserang suspek yang bersenjatakan pisau.

Namun gelandangan itu terus menghubungi polis, sebelum suspek dicekup.

Pendakwaraya Grace Ong berkata, saksi telah melihat mangsa diheret ke lorong gelap dan dirogol berulang kali.

“Mangsa bimbang suspek mempunyai pisau, dia terus bergegas ke heymarket dan menagih bantuan orang ramai namun tiada sesiapapun mengambil serius dan mempedulikan tindakannya.

‘Gelandangan itu memegang tangan pejalan kaki sebelum merayu memanggil polis segera untuk menyelamatkan seorang warga emas yang menjadi mangsa rogol,” katanya.

Valentino yang melarikan diri selepas merogol warga emas itu, bagaimanapun berjaya dicekup.

Mangsa difahamkan mengalami kecederaan di bahagian sulitnya.

Hakim Martin Beddoe memberitahu, kes rogol itu adalah kejadian paling teruk yang pernah didengari beliau sepanjang kariernya.

“Saya pasti wanita itu bukan pelacur tetapi seorang warga emas tiga kali ganda lebih tua daripada kamu dan dia dicederakan.

“Kamu bertindak menolak wanita itu dalam tindakan seksual yang teruk sekali,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian berjaya membuktikan suspek mengekori mangsa sebelum mengheret ke lorong gelap sebelum merogol.

Valentino dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengakui bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan.

Hakim turut memuji kesungguhan dan keberanian gelandangan yang tidak langsung dihormati sebagai manusia oleh orang awam.

Beliau memutuskan gelandangan itu diberi ganjaran 500 pound daripada dana awam.- Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast