Tiga suspek merempuh sebuah pasaraya dan deretan kedai sebelum melarikan wang hampir sejuta pound bersama mesin ATM menggunakan jentera traktor binaan yang dicuri dari laladnag pertanian.

UNITED KINGDOM – Sekumpulan penyamun menggunakan traktor bagi merempuh dinding tingkap kedai dan melarikan mesin pengeluaran wang automatik.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera titar tertutup yang dipasang di lokasi tersebut.

Semasa kejadian penjenayah itu menggunakan penggerudi binaan dan traktor merempuh dinding hadapan bangunan dan bank dalam rompakan lima bulan berturut-turut menyebabkan wang berjumlah RM900,000 pound dilarikan.

Penggerudi dan jentera traktor itu dipercayai dicuri dari kawasan perladangan dan tapak binaan berhampiran.

Rakaman CCTV menunjukkan kejadian di waktu tengah malam itu penjenayah merompak bangunan itu dan melarikan mesin ATM.

Mahkamah hari ini mendengar bagaimana ketiga-tiga suspek memusnahkan deretan kedai, stesen perkhidmatan Sleaford termasuk pasaraya Tesco dan melarikan mesin ATM yang mengandungi wang berjumlah lebih setengah juta pound.

Selepas selesai merompak dan melarikan ATM di Hampshire, Sussex dan Surrey antara Julai dan November 2018, kumpulan penjenayah itu membakar jentera yang dicuri sebagai memusnahkan bahan bukti.

Jason Mobey, 40, Jimmy Shea, 24 dan Les Keet, 29 ditangkap polis selepas siasatan mendalam dikendalikan anggota keselamatan daerah tersebut.

Selepas kejadian itu seramai 70 pegawai penyiasat polis bergegas dan memulakan penyiasatan termasuk kajian forensik di tempat kejadian untuk mengumpul bahan bukti.

Selepas dihadapkan ke mahkamah Hove Crow, ketiga-tiga suspek dihukum penjara 30 tahun.

Mahkamah dimaklumkan perbuatan tiga tertuduh itu mengakibatkan bukan sahaja ratusan ribu pound tetapi juga menyusahkan masyarakat yang terpaksa mengharungi jarak berpuluh kilometer untuk melakukan transaksi wang.

Kemusnahan yang dilakukan penjenayah terhadap pasaraya dan gerai di bangunan 11 tingkat pada malam kejadian juga merosakkan beberapa unit rumah di bangunan itu.- MalaysiaGazette