Yang di-Pertuan Agong melihat kenderaan yang melanggar penghadang jalan di satu kawasan di Putrajaya. foto Twitter Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah telah mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya.

Kemalangan itu berlaku di kawasan Putrajaya.

“Alhamdulillah pemandu kereta terbabit, Puan Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius.

“Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku,” menurut Twitter Istana Negara yang berkongsikan tentang kejadian tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, kelihatan Yang di-Pertuan Agong berdiri sambil melihat kereta merah yang melanggar pembahagi jalan. – MalaysiaGazette