TERKINI : Ahli Keluarga Tidak Puas Hati!!! Siasatan Kes Beng Hock – Datuk Mazlan Mansor

KUALA LUMPUR – Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock yang diletakkan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu penahanan secara salah adalah keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, beliau tidak perlu memberikan komen lanjut berkenaan perkara itu memandangkan ia adalah keputusan pihak pendakwa raya.

“Lebih elok soalan ini ditujukan kepada pihak pendakwa raya (Peguam Negara).

“Saya tidak boleh komen lebih daripada itu,” kata beliau dalam sidang media selepas Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador Menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Polis Diraja Malaysia ke-84 di ibu negara.