Red Devils dikatakan bersetuju dengan strategi Inter yang mahu mengambil Lukaku secara pinjaman slama dua tahun sebelum membeli bintang Belgium itu.

ROM – Inter Milan diberi harapan baharu apabila Manchester United memberi isyarat kesediaan menerima tawaran baharu kelab itu untuk Romelu Lukaku.

Inter Milan difahamkan menawarkan 63 juta pound untuk Lukaku dalam bentuk kontrak secara pinjaman bertempoh dua tahun ke Milan, kata laporan di Itali.

Lukaku berhasrat untuk berhijrah ke kelab Serie A itu selepas mengadakan rundingan menerusi ejen dengan kelab itu.

The Red Devils menetapkan nilai 80 juta pound untuk mana mana kelab yang ingin mendapatkan khidmat pemain Belgium itu.

Kini Inter dikatakan telah menukar strateginya dan menawarkan kontrak pinjaman dua tahun.

Ia akan menyaksikan bayaran pendahuluan 9 juta pound akan dijelaskan musim ini manakala 54 juta pound lagi di penghujung kontrak pinjaman dua tahun kelak.

Pengurusan Man United dikatakan menerima idea itu dan bersedia memulakan rundingan bersama Inter Milan untuk menetapkan jumlah yuran perpindahan Lukaku.

Mantan Pengurus kelab, Jose Mourinho membeli Lukaku dengan yuran 75 juta pound pada tahun 2017 bagaimanapun tidak memberi impak yang diharapkan dibawah bimbingan pengurus baharu Ole Gunnar Solskjaer.

Walaupun berhasrat untuk menyertai Serie A, Lukaku tidak mahu bertindak terburu-buru dalam perkara tersebut meninggalkan Old Trafford.- MalaysiaGazette