Bruno Fernandes

LONDON – Manchester United kini mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan Bruno Fernandes setelah berjaya mendapatkan dua pemain.

Pemain tengah Sporting Lisbon itu menjadi perhatian ketika dalam jendela perpindahan kali ini selepas beraksi musim cemerlang pada musim lalu.

Fernandes adalah pemain tengah yang menjaringkan 20 gol dalam liga pada musim lalu.

United dikaitkan dengan Fernandes sejak beberapa minggu lalu dan kini mereka dilaporkan sudah memulakan langkah awal untuk membawa masuk pemain itu ke Old Trafford.

Gazzetta Dello Sport melaporkan United telah mengemukakan bidaan sebanyak €35 juta ataupun sekitar £31.5 juta.

United juga menawarkan gaji sekitar £5.4 juta semusim untuk pemain tengah kebangsaan Portugal namun pihak Sporting Lisbon dilaporkan menolak bidaan tersebut kerana dirasakan terlalu rendah untuk pemain seperti Fernandes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast