KUALA LUMPUR – AirAsia dan Santan bekerjasama dengan (RED) untuk menghasilkan hidangan istimewa, Burger INSPI(RED) yang boleh didapati di dalam semua penerbangan, dalam usaha menyokong perjuangan menamatkan AIDS.

Direka oleh Duta Cef (RED) yang berpangkalan di New York, Hong Thaimee, burger berkenaan bakal membawa anda menikmati keenakan cita rasa utara Thailand.

Ia mengandungi daging ayam empuk dimasak sempurna bersama sos ikan, daun limau purut serta serai, dilengkapi dengan mayones cili hijau ‘Nam Prik Noom Mayo’, kubis ungu dan hirisan tomato, diapit dengan roti brioche dengan rasa ubi bit.

Bagi setiap pembelian Burger INSPI(RED), sebanyak 10 peratus daripada jualan akan disumbangkan terus kepada Dana Global bagi menyokong ujian, kaunseling, rawatan dan program pencegahan HIV/AIDS di rantau ASEAN.

Para penumbang boleh membuat pra-tempahan Burger INSPI(RED) yang didatangkan dengan minuman percuma pada harga promosi hanya RM10 di semua penerbangan AirAsia ke semua destinasi.

Pra-tempahan hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati lebih penjimatan, pelbagai pilihan hidangan, dan keutamaan hidangan dalam pesawat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast