Tanguy Ndombele

LONDON – Tottenham Hotspur memecah rekod pembelian kelab itu dengan membeli pemain tengah Perancis, Tanguy Ndombele dari Lyon dengan yuran perpindahan sebanyak 70 juta euro (RM327.38 juta).

BBC melaporkan, kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran awal perjanjian bernilai 60 juta euro (RM280.62 juta) dengan tambahan 10 juta euro (RM46.77 juta).

Sebelum ini, rekod pembelian termahal Tottenham adalah £42 juta pound (RM219.15 juta) bagi mendapatkan pemain pertahanan, Davinson Sanchez pada 2017.

“Kami gembira untuk mengumumkan pembelian Tanguy Ndombele.

“Pemain tengah Perancis ini sudah menandatangani kontrak bersama kelab sehingga 2025,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Pengesahan mengenai ketibaan Ndombele hadir beberapa jam selepas Spurs membuat pembelian pertama dalam tempoh 18 bulan dengan membeli pemain sayap Leeds, Jack Clarke.

Ndombele sebelum ini menjadi kelab terbaik Eropah namun dia memilih Tottenham yang berpindah ke stadium baharu berkapasiti 62,000 tempat duduk musim lalu.

Ndombele, 22, menyinar di Lyon yang mara ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara musim lalu dan menamatkan saingan Ligue 1 di tangga ketiga.

Spurs pula mara ke final Liga Juara-Juara buat pertama kali musim lalu. – MalaysiaGazette