Gianluigi Buffon. Foto Sportstar

LONDON – Bekas penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon bersetuju untuk pulang ke pangkuan bekas kelabnya, Juventus pada musim depan.

Buffon, 41, menghabiskan masa selama 17 tahun bersama kelab itu di Turin sebelum menyertai Paris St-Germain (PSG) pada musim panas lalu.

Beliau mengumumkan akan meninggalkan PSG selepas semusim bersamanya dan BBC Sports difahamkan pemain itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Turin esok.

Bekas kapten pasukan Itali itu telah membuat 176 penampilan untuk pasukan kebangsaan.

Selain memenangi Piala Dunia pada 2006, Buffon turut menjuarai Serie A sebanyak sembilan kali dan menjulang trofi Piala Itali sebanyak empat kali. Beliau juga memenangi Liga Perancis pada musim lalu.

Buffon hanya perlu melakukan lapan penampilan dalam Serie A bagi memecah rekod pemain AC Milan, Paolo Maldini yang melakukan 647 penampilan.

Buffon akan menjadi pemain Juventus yang berhijrah menerusi  pemindahan percuma pada musim panas ini selepas Aaron Ramsey (Arsenal) dan Adrien Rabiot (PSG). РAgensi