Samir Nasri menyertai bekas rakan sepasukan Man city, Vincent Kompany di kelab Belgium, Anderlecht

BELGIUM – Samir Nasri menyertai bekas rakan sepasukannya di Manchester City, Vincet Kompany di Anderlecht.

Pemain 32 tahun itu meninggalkan West Ham musim lalu dan menandatangani kontrak setahun dengan opsyen sambung kontrak.

Legenda pertahanan Man City, Kompany meninggalkan kelab Etihad musim lalu selepas berkhidmat lebih 10 tahun.

Kini Kompany menyertai Anderlecht sebagai pemain sebelum memulakan tugas sebagai pengurus kelab itu.

Menurut Nasri, dia mahu membantu Kompany dan kelabnya untuk mencapai misi yang ditetapkan musim ini.

“Saya menerima beberapa tawaran lumayan, tetapi saya memilih Anderlecht,” katanya dalam kenyataan rasmi kelab itu.

Nasri melakukan 215 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris dan beraksi untuk Arsenal pada 2008 hingga 2011 sebelum menyertai Man City dengan nilai 25 juta pound.

Selepas berganding dengan Kompany di Etihad Stadium selama enam musim, Nasri menyertai kelab Turki Antalyaspor.

pada 2018, Nasri digantung akibat doping selama 18 bulan kerana didapati menggunakan rawatan ubat terlarang semasa bercuti di Los Angeles pada 2016.

Kemudian dia menyertai West Ham pada akhir 2018.- MalaysiaGazette