RIO DE JANEIRO – Gabriel Jesus menjadi tumpuan pada final Copa America apabila pemain itu bukan sahaja menjaringkan gol untuk Brazil, malah dia juga dibuang padang pada separuh masa kedua yang menuyaksikan pasukannya masih mampu menumpaskan Peru 3-1 di Stadium Maracana awal pagi ini untuk memenangi kejohanan itu untuk kali kesembilan.

Pasukan tuan rumah mendahului selepas permainan bermula 15 minit yang berpunca daripada skil Jesus yang menakjubkan.

Pemain Manchester City itu memperdayakan dua pemain pertahanan sebelum menghantar bola kepada Everton yang tidak dikawal untuk meledakkan jaringan dari jarak dekat, lapor Reuters.

Peru yang tidak pernah memenagi kejohanan itu sejak 1975 bangkit dengan gol penyamaan seminit sebelum separuh masa pertama tamat apabila Paolo Guerrero menyamakan kedudukan mererusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Thiago Silva.

Gol tersebut merupakan gol pertama yang dilepaskan Brazil pada kejohanan kali ini namun ia tidak menggugat keyakinan pasukan itu dan Nrazil kembali mendahului menerusi pergerakan cantik permain tengah.

Roberto Firmino turut menunjukkan skilnya dengan menghantar  bola kepada Arthur yang kemudiannya melorongkan kepada Jesus yang dengan tenang menewaskan penjaga gol, Pedro Gallese.

Pada separuh masa kedua, Peru berusaha keras untuk mencari gol penyamaan dan sasaran itu dilihat dipermudahkan apabila Jesus dibuang padang ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Jesus yang dibentes Carlos Zambrano sebelum itu melakukan tindakan yang sama beberapa minit selepas itu menerima layangan kad kuning kedua dengan serta merta.

Brazil yang bermaian di hadapan 70,000 penyokong sendiri memastikan trofi Copa America milik mereka apabila pemain gantian Richarlison mdenjaringkan gol ketiga pada lewat permainan.

Ia merupakan trofi utama Brazil sejak pasukan itu menjuarai Copa America 2007 dan ia juga merupakan kejuaraan pertama jurulatih, Tite yang mengambilalih pasukan itu tiga tahun lalu. – Agensi