Pesawat Airbus, A380

PARIS – Airbus SE meminta 25 syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat A380 lama memeriksa sayapnya yang mungkin retak, masalah yang dihadapi pesawat dua tingkat itu sebelum ini.

Beberapa rekahan telah ditemui pada sayap pesawat yang sedang beroperasi, yang mana ia boleh mengurangkan integriti struktur, kata Agensi Keselamatan Kesatuan Eropah (EASA) dalam surat arahannya itu pada Jumaat lalu, lapor Bloomberg.

Keretakan pada sayap yang berlaku tujuh tahun lalu menyebabkan Airbus menanggung kos berjuta-juta euro untuk membaikinya, dan ia merupakan hanya isu yang dihadapi pesawat penumpang terbesar dunia itu.

Pada Februari lalu, Airbus berkata, ia akan memberhentikan pembuatan pesawat dua tingkat itu.

Syarikat penerbangan perlu menggunakan kaedah ujian ultrasonik bagi memeriksa dan memaklumkan kepada Airbus untuk mendapatkan panduan membaiki sebelum perancangan penerbangan seterusnya, menurut arahan EASA. – Agensi