PDRM custodial deaths death lockup police
PDRM

KUANTAN – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai Felda Selancar 3 di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, pada 7 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Zainal Omar Mahamud berkata, mangsa, Mohd Saiful Amri Salahudin, 13, ditemukan hampir dua kilometer daripada lokasi akhir beliau dilihat.

“Mangsa dikatakan ke sungai itu untuk mandi bersama-sama rakan sebelum lemas pada pukul 5 petang,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Zainal Omar berkata, mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Selain polis, operasi mencari dan menyelamat juga disertai pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. – Bernama