KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena Program ‘Bear-A-Thon: Embrace Your Health’ mulai jam 6.30 pagi sehingga 1.00 tengahari, esok.

Dalam satu kenyataan, MBSA memaklumkan antara jalan yang terbabit dengan penutupan tersebut adalah Persiaran Akuatik, Persiaran Hishammuddin dan Persiaran Sukan.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa.

“Kita juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette