Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin sambil diiringi Pengerusi Mahkamah Timbangtara MATE, Tan Sri Profesor Dr. Muslim Yacob (kiri) menurunkan tandatangan pada plat sebagai gimik perasmian pada Majlis Perasmian Mahkamah Timbangtara di Menara C, Pandan Indah, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Walaupun secara realitinya, kaedah arbitrasi atau  timbang tara merupakan antara jalan penyelesaian bagi sesuatu pertikaian dua pihak di meja rundingan.

Ia setanding dengan mahkamah namun ramai yang tidak menyedari tentang kewujudannya di negara ini

Timbangtara merupakan kaedah penyelesaian pertikaian yang dapat memberikan faedah dari segi penguatkuasaan, kepakaran dan kerahsiaan ke atas penentuan berasaskan mahkamah.

Malah ketika merasmikan Mahkamah Timbangtara MATE Kuala Lumpur, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin sendiri mengakui dirinya sendiri belum arif mengenai kewujudan serta efektifnya timbangtara ini.

Kata beliau, kerajaan bukan sahaja akan mengalu-alukan mahkamah itu sebaliknya akan juga mencari jalan bagi memperkasakanya.

“Saya sendiri tidak banyak maklumat tentang MATE ini, mahkamah timbangtara ini walaupun saya juga dalam bidang perundangan. Banyak yang perlu diketahui dan dipelajari.

“Kerajaan mengalu-alukan usaha ini, apatah lagi ianya dilakukan melalui kaedah rundingan dan mungkin juga tidak melibatkan kos yang tinggi sebelum membawa kes-kes itu ke mahkamah.

“Proses timbangtara ini sebenarnya mengurangkan ketegangan, dengan kata lain iaitu menyelesaikan pertikaian melalui cara rundingan dan mengatasi perselisihan dengan cara yang mudah diterima dan di setujui oleh semua pihak, kita memang sangat mengalu-alukan kaedah ini,” katanya ketika berucap.

Walaupun perasmian mahkamah MATE hari ini sebenarnya nama penuhnya Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia sebenarnya telah ditubuhkan sekitar tahun 1980 yang masih mengguna pakai Akta Timbangtara 1952 (semakan 1971) ketika itu.

MGF12072019_MAJLIS PERASMIAN MAHKAMAH TIMBANGTARA MATE15
Pengerusi Mahkamah Timbangtara MATE, Tan Sri Profesor Dr. Muslim Yacob bercakap kepada media ketika ditemubual pada Majlis Perasmian Mahkamah Timbangtara di Menara C, Pandan Indah, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 12 JULAI 2019

Presiden Timbangtara MATE, Tan Sri Prof. Muslim Yacob ketika berkata, beliau sendiri sudah lama bergelumang dengan dunia timbang tara iaitu kira-kira 30 tahun selepas kembalinya belajar dari London.

Jelas beliau, memang sejak dahulu sehingga kini mahkamah timbangtara tidak begitu dikenali sebaliknya umum lebih gemar membawa sesebuah kes itu terus ke mahkamah.

Walhal kadang-kadang proses mahkamah sivil mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan.

Namun,  sejak penubuhannya, pusat timbang tara itu telah berjaya perubahan sejak tiga dekad lalu sehingga berjaya bertahan sehingga kini.

“Dalam kes-kes pertikaian penimbangtara duduk bersidang dan bertindak secara kehakiman bagi memutuskan atau menentukan bentuk pertikaian yang boleh diselesaikannya seperti sebuah mahkamah.

“Namun proses timbangtara ini masih belum lagi popular sebaliknya umum lebih suka terus membawanya kepada mahkamah tanpa mengetahui kebanyakan kes-kes ini boleh diselesaikan melalui kaedah rundingan.

“Saya sangat berharap dengan kerajaan hari ini serta majlis perasmian kita hari ini, lebih banyak pendedahan serta pengetahun dapat disalurkan kepada umum bagi mereka mendekati kita,” ujarnya.

Sepanjang MATE ditubuhkan, beribu-ribu kes timbangtara telah dirujuk kepadanya dan dalam berbagai bentuk pertikaian.

Selalunya, pertikaian yang berbangkit adalah mengenai tuntutan sewa rumah, kedai, pertikaian mengenai pemegang saham dan hal ehwal syarikat, pembelian barangan tidak bermutu, pertikaian majikan atau pekerja.

Malah pertikaian berkaitan kekeluargaan seperti contoh keluarga angkat, pinjaman bank dan pembiayaan kenderaan, pertikaian sewa tanah atau pajakan.

Ada juga kes pembelian rumah lewat serah, kerosakan, pertikaian penjaja, pihak berkuasa bandaran, pertikaian perkongsian, usahasama, pertikaian mengenai hutang-piutang serta lain-lain. –MalaysiaGazette