Bonnie Bunyau Gustin

KUALA LUMPUR – Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin kini berada di kemuncak prestasinya apabila meraih pingat emas Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi.

Pemegang rekod dunia remaja itu melakukan angkatan 190kg untuk muncul juara dalam acara bawah 65kg (below) lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center bermula semalam hingga 20 Julai.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 170kg diikuti 180kg pada cubaan kedua dan berakhir 190kg yang membawa kepada kemenangannya.

Lawannya dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi hanya berjaya membuat satu angkatan seberat 140kg sahaja. – MalaysiaGazette