Roger Federer

LONDON – Roger Federer mara ke perlawanan akhir Tenis Terbuka Wimbledon selepas menewaskan Rafael Nadal 7-6 (3),1-6, 6-3, 6-4. pada perlawanan separuh akhir semalam.

Ini merupakan perlawanan akhir yang ke-12 untuk Federer.

Federer akan berdepan juara bertahan serta jaguh nombor satu dunia Novak Djokovic dalam aksi final esok.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam, Djokovic yang mengejar gelaran Wimbledon kelima dalam enam perlawanan akhir kariernya telah menewaskan Roberto Bautista Agut.

Djokovic dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada Federer untuk merangkul kejuaraan.

Walaupun di atas kertas Federer menjadi pilihan, Djokovic masih mampu memberi kejutan selaku juara bertahan. – MalaysiaGazette