Menara PTPTN, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR — Satu Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) akan dikemukakan dan dibentangkan kepada Kabinet pada bulan Ogos ini sebagai mekanisma baharu untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata bahawa hasil dapatan daripada KKR yang telah disediakan untuk cadangan rakyat mulai 16 Mei hingga 13 Jun lepas itu akan diperhalusi oleh satu panel penasihat khas bagi mengenal pasti cadangan terbaik yang akan digunapakai.

“Bagi tempoh tahun 2013 sehingga Mei 2019, PTPTN telah berjaya mengutip bayaran balik berjumlah RM 6.23 billion daripada seramai 1.13 juta orang peminjam,” katanya.

–BERNAMA