Yeo Bee Yin
Yeo Bee Yin

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini,” kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna walaupun terdapat peningkatan kos yang tinggi dalam penjanaan elektrik.

“Pertama, kementerian membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019, dan berjaya mendapat jumlah penjimatan sebanyak RM 336.7 juta.

“Kedua, kementerian mendapat kelulusan kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM107.16 juta,” katanya.

–BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast