Band BTS. Foto South China Morning Post

KUALA LUMPUR – Band pop kegilaan ramai, BTS bakal mencipta sejarah baharu dalam kerier muzik mereka kerana akan mengadakan konsert di Riyadh, Arab Saudi.

Artis dari Korea Selatan itu muncul sebagai selebriti antarabangsa pertama mengadakan konsert di negara Aravb itu.

BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Jungkook, Jimin, J-Hope, Suga dan V akan membuat persembahan dalam siri jelajah dunia di Stadium Antarabangsa Raja Fahd pada 11 Oktober ini.

“Berita tergempar buat warga Arab Saudi! BTS akan menjadi selebriti antarabangsa pertama membuat konsert di stadium. Mereka akan mengadakan persembahan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd pada 11 Oktober,” tulis K-Pop Herald dalam entri Twitter.

Sebelum ini, BTS melakar sejarah apabila diundang sebagai penyampai trofi pada majlis anugerah muzik popular dunia, Grammy Awards awal tahun ini.

Seperti di negara-negara lain, populariti K-Pop turut melanda negara Islam itu sehinggakan kumpulan Super Junior dan Stray Kids juga dilaporkan mengadakan konsert di Jeddah pada Ahad. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.