TERKINI : Shamsul Iskandar Jangan JADI “MUNAFIK” – Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Setelah berdiam diri dalam masa yang agak lama mengenai video intim yang dikaitkan dengan dirinya, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mula membuka mulut.

Azmin hari ini membidas dakwaan Ketua Penerangan parti, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menggesa agar pemimpin dan penjawat awam yang terpalit dengan video intim itu bercuti.

“Jangan jadi munafik,” katanya ringkas dengan ketawa kecil selepas sesi Dewan Rakyat hari ini.