Tanjung Bidara berpotensi menjadi destinasi pelancongan marin baharu kerana Pantai Padang Kemunting merupakan satu-satunya lokasi pendaratan penyu karah di Selat Melaka yang dianggap spesies penyu tercantik di Malaysia.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri akan menaik taraf Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting yang telah menerima 80,000 pengunjung, termasuk menyediakan informasi jadual pendaratan dan musim penyu bertelur.
Pada program berkenaan, sebanyak 600 anak penyu karah dilepaskan ke perairan Tanjung Bidara.















