petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.67 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Bagaimanapun, jika berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 dan RM2.37 seliter.

Menurutnya, anggaran tanggungan subsidi kedua-dua bahan bakar tersebut bagi tempoh 20 hingga 26 Julai adalah RM179.97 juta.

Daripada jumlah itu, sejumlah RM141.81 juta bagi subsidi RON95 dan RM38.16 juta untuk diesel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast