logo 1MDB
Gambar hiasan

SINGAPURA – Kira-kira S$50.3 juta (RM152.18 juta) wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah dipindahkan ke Malaysia dan sedang dalam proses pemindahan oleh bank-bank yang terlibat, demikian menurut Angkatan Polis Singapura.

Dalam jawapan kepada CNA, polis berkata, permohonan mahkamah untuk memulangkan semula wang berkenaan telah difailkan oleh Jabatan Perhubungan Komersial selepas rundingan dengan Pejabat Peguam Negara.

“Permohonan mahkamah peringkat pertama yang melibatkan pemulangan wang berkaitan 1MDB berjumlah S$15.3 juta telah diluluskan pada September 2018 manakala peringkat kedua pula yang melibatkan wang kira-kira S$35 juta telah diluluskan pada Mac 2019.

“Sebahagian daripada wang tersebut telah dipindahkan ke Malaysia manakala bakinya masih dalam pemprosesan oleh pihak bank,” kata polis.

Jumaat lalu, Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu, Malaysia telah menerima pemulangan semula dana 1MDB berjumlah RM92.3 juta dari Singapura.- Agensi