TOKYO – Polis Jepun telah mengenal pasti lelaki yang membakar sebuah studio animasi sehingga menyebabkan kematian seramai 33 orang mangsa.

Menurut agensi penyiaran nasional NHK, lelaki berkenaan adalah Shinji Aoba.

Dalam pada itu, bangunan syarikat Kyoto Animation itu disahkan tidak mempunyai pemercik air atau pintu penghadang kebakaran kerana tidak diwajibkan oleh peraturan kebakaran, kata Jabatan Bomba Kyota.

Jelasnya, bangunan tersebut dikategorikan sebagai pejabat.

Justeru, pemasangan pemercik air atau pintu penghadang kebakaran tidak menjadi syarat wajib kepada mereka.

Pemeriksaan pada Oktober mendapati bangunan tersebut mempunyai alat pemadam api dan penggera keselamatan seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Bomba.

Dalam kejadian Khamis lalu, Shinji didapati telah membakar bangunan tiga tingkat Kyoto Animation pada kira-kira jam 10.35 pagi.

Menurut polis tempatan, seramai 70 orang berada dalam studio itu ketika kebakaran berlaku.

Api marak selepas suspek berusia 41 tahun didakwa mencurah cecair yang belum dikenal pasti, selain itu, satu pisau turut ditemui di lokasi kejadian.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast