Paul Pogba

LONDON – Pengurus Juventus, Maurizio Sarri secara terbuka mengakui dia memang berminat dengan pemain Manchester United, Paul Pogba.

Sarri berkata, dia menyimpan hasratnya untuk mendapatkan pemain tengah sensasi itu.

“Saya amat berminat dengan dia namun dia adalah pemain Manchester United.

“Saya bukan pengarah teknikal, jadi saya tidak tahu situasinya,” katanya memetik laporan Daily Mail.

Ketika ini hangat diperkatakan mengenai pemain antarabangsa Perancis itu akan kembali ke Itali.

Masa depan Pogba di Old Trafford masih tidak menentu dan pada masa sama, pengurus Real Madrid turut memburu khidmat Pogba.

Menurut ejen Pogba, pemain berusia 26 tahun itu begitu terdesak untuk meninggalkan Old Trafford. – MalaysiaGazette