Maszlee Malik

PETALING jAYA – Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) tetap relevan meskipun telah melangkau 50 tahun usia penubuhannya, kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

“Menempuh usia separuh abad SEAMEO telah membuktikan kerelevanannya dalam menyediakan keperluan pendidikan, sains, dan budaya yang lebih baik untuk memperbaiki kehidupan rakyat di seluruh Asia Tenggara,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian persidangan SEAMEO ke-50 hari ini.

Namun demikian, menurut Maszlee, negara serantau akan menggunakan persamaan yang ada untuk menambahbaik taraf pendidikan masing-masing.

“Menerusi kerjasama serantau kita dalam pendidikan, kena perlu kenal pasti jurang dalam harmonisasi pendidikan tinggi seperti aspek mobiliti dan kredit pelajaran,” ujarnya.

Persidangan SEAMEO yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini melibatkan penyertaan Menteri-menteri Pendidikan dari 11 negara anggota SEAMEO, negara anggota bersekutu, ahli gabungan SEAMEO serta 26 Pusat Serantau SEAMEO di seluruh rantau Asia Tenggara.

Turut hadir Menteri Pendidikan Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Malaysia merupakan Pengerusi SEAMEO, bermula tahun ini hingga 2021 bagi menentukan hala tuju dan wawasan SEAMEO ke arah matlamat yang lebih progresif dalam sektor pendidikan serantau bagi membantu merangsang pembangunan ekonomi dan sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast