TERKINI : 50% Belia Sertai ‘Hi Home Property Conference’ – Radzi Tajuddin

PETALING JAYA – Laman portal Hartabumi.com memberikan potongan sebanyak 50 peratus kepada golongan belia yang berhasrat untuk mendapatkan tiket bagi mengikuti program hartanah di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Khamis ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com Radzi Tajuddin berkata, pada mulanya harga asal tiket yang dijual bagi menyertai program berkenaan adalah sebanyak RM500.

Bagaimanapun kata beliau, diskaun diberikan kepada belia berusia 18 hingga 40 tahun yang berminat untuk mengikuti persidangan bercirikan hartanah itu.