abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

SHAH ALAM – Inkues kematian Allahyarham Munammad Adib Mohd Kassim tamat hari ini selepas lima bulan berlangsung.

Koroner Rofiah Mohamad memaklumkan pihak mahkamah berpuas hati dengan keterangan 30 saksi justeru tiada keperluan memanggil saksi pakar yang lain.

Namun Mahkamah Koroner memberi peluang kepada peguam keluarga anggota bomba untuk menyerahkan hujahan bertulis pada 21 Ogos sebelum tarikh keputusan inkues ditetapkan.

“Mahkamah puas hati keterangan tidak akan memanggil mana-mana saksi lagi sama ada saksi-saksi pakar lain,” katanya.

Inkues dimulakan pada 11 Februari dan saksi yang terakhir selesai memberi keterangan pada 17 Julai.

Ia berlangsung selama 41 hari, dengan memanggil saksi-saksi  dalam kalangan orang awam, pakar forensik dan fizik.

Inkues ini diwujudkan untuk mengetahui punca kematian Adib yang meninggal pada 17 Disember tahun lalu.

Adib adalah anggota bomba yang berkhidmat di Balai Subang Jaya bertugas semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, 27 November.-MalaysiaGazette