Datuk Seri Mazlan Lazim.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu individu yang membuat ancaman bom palsu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci di bawah Kertas Enkuiri Polis untuk mengesan individu terlibat.

“Kami telah semak panggilan ancaman bom itu dan mendapati ia adalah palsu serta sedang mengesan pemanggil terlibat,” katanya dalam sidang akhbar kawalan keselamatan dan lalulintas perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2019, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan selepas dimaklum ada ancaman bom pada kira-kira 12.30 tengahari tadi.

Perkara itu diberitahu Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyudin Mohmad Som ketika perbicaraan itu berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum hakim meminta semua pihak beredar dari mahkamah. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast