Anggota-anggota tentera mengepung kawasan pesawat terhempas di Rawalpindi. Foto Agensi

ISLAMABAD – Sebuah pesawat tentera Pakistan yang dalam latihan terhempas di sebuah kawasan di kediaman dekat Rawalpindi pada awal pagi ini.

Tragedi itu mengorbankan kesemua lima anak kapal dan 12 orang awam.

Manakala 12 lagi orang awam cedera dalam kemalangan yang menyebabkan empat kediaman di perkampungan Jabbi terbakar.

Rawalpindi terletak berhampiran dengan ibu kota, Islamabad, yang merupakan pangkalan tentera Pakistan.

Laman web akhbar The News memuat rakaman yang menunjukkan bangunan terbakar.

Tidak ada penjelasan mengenai punca kemalangan atau jenis pesawat yang terlibat.

Pasukan penyelamat tentera dan awam berada di tempat kejadian dan usaha memadamkan kebakaran sedang dijalankan serta membawa mangsa-mangsa ke hospital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast