Jose Mourinho. Foto Metro

VALENCIA – Valencia bersedia untuk mengambil Jose Mourinho untuk menerajui kelab itu sekiranya pengurusnya berundur.

Pengurus Valencia, Marcelino dikhabarkan akan meninggalkan kelab La Liga itu ekoran tidak sehaluan dengan hirarki kelab tersebut.

Tanpa membuang masa Valencia sudah memulakan pencarian penggantinya dan percaya Mourinho merupakan individu paling sesuai untuk mengembalikan kegemilangan skuad tersebut.

Mourinho tidak ‘mengganggu’ mana-mana kelab sejak dipecat Manchester United pada 16 Disember 2018 lalu.

Ikon berusia 58 tahun itu menerima beberapa tawaran dari kelab Serie A namun menolaknya.

Laporan terbaharu mendakwa Mourinho mampu mengembalikan Valencia untuk bersaing dalam Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Walaupun menjuarai Copa Del Rey musim lalu, Valencia gagal layak ke Liga Juara-Juara selama 15 tahun lalu.

“Kawan saya minta bergembira menggunakan masa rehat yang ada setiap bulan.

“Namun saya tidak dapat bergembira kerana rindu dunia bola sepak, semangat saya masih membara untuk kembali ke karier bola.

“Saya perlu sabar menunggu peluang terbaik hadir,” kata Mourinho.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast