Brendan Rodgers nafi khabar angin kononnya Manchester United semakin hampir memuktamadkan pembelian Harry Maguire hari ini.

ENGLAND – Pengurus Leicester Brendan Rodgers menyampah spekulasi mendakwa Manchester United semakin hampir memuktamadkan pembelian Harry Maguire.

Ole Gunnar Solskjaer mengenalpasti Maguire sebagai sasaran utama menguatkan bek pertahanan di Old Trafford musim ini.

Bagaimanapun, the Foxes bertegas dengan tuntutan yuran yang tinggi untuk melepaskan bintang England berusia 26 tahun itu.

Maguire juga meluahkan hasratnya untuk menyertai skuad Theatre of Dreams awal minggu ini.

Semalam laporan mendakwa United kini di peringkat terakhir untuk mencapai perjanjian dengan pemain itu.

Tetapi Rodgers menegaskan Solskjaer masih belum menepati nilai tuntutan yang ditetapkan Leicester untuk bekas bintang Hull City itu.

Leicester tidak mahu berganjak dari nilai sebenar 85 juta pound yang ditetapkan untuk Maguire.

“Kami tidak berubah dengan nilai yang ditetapkan untuk pemain kami,” katanya.-MalaysiaGazette