Malcom

LONDON – Bintang Barcelona yang terpinggir Malcom dilaporkan bersetuju untuk menyertai Zenit St. Petersburg dan menolak tawaran daripada Everton, lapor portal Football.London.

Malcom yang tidak mendapat tempat dalam pasukan utama Barcelona musim lalu ingin mencari haluan baharu selepas pengurus kelab itu, Ernesto Valverde kini dalam proses untuk menjual beberapa pemain.

Zenit dikatakan pada awalnya melakukan bidaan sekitar €41 juta untuk Malcom.

Namun Barcelona meminta sekurang-kurangnya €45 juta untuk pemain antarabangsa Brazil itu.

Musim lalu, Malcom hampir menyertai AS Roma dengan memberikan perjanjian lisan namun dia tidak menaiki penerbangan ke Itali pada saat-saat akhir.

Sebaliknya Malcom memilih menyertai Barcelona.

Berang dengan tindakan Malcom itu, AS Roma mengugut untuk mengambil tindakan perundangan ke atas pemain itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast