Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menemplak Kerajaan Pakatan Harapan apabila meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan wang untuk membuat bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bekas perdana menteri itu berkata, pulangan setahun KWSP adalah 6.0 peratus sedangkan caj kepada penghutang adalah 1.0 peratus.

“Kerajaan PH nak paksa anak muda untuk ambil dari simpanan KWSP mereka yang memberi pulangan 6% setahun untuk mengurangkan hutang PTPTN yang kosnya 1% setahun,” katanya.

Selepas itu, bolehlah kerajaan mendakwa telah menyelesaikan isu hutang PTPTN dan manifesto pilihan raya lalu ditepati.

“Bijak, tak?,” soalnya.

Baru-baru ini, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, permohonan itu bagi membantu peminjam menyelesaikan tanggungjawab mereka membayar hutang menggunakan wang simpanan mereka walaupun tidak menamatkan pengajian.

“PTPTN menyokong penuh desakan rakyat untuk selesaikan hutang PTPTN menggunakan dana KWSP.

“Saya akan mengangkat pandangan ini kepada Menteri Kewangan (Lim Guan Eng),” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Saiful mendakwa ramai peminjam menyatakan kekecewaan susulan tidak boleh mengeluarkan wang simpanan sendiri di KWSP untuk menyelesaikan hutang mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast