Lionel Messi.

LONDON – Gara-gara mengkritik pentabdir bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), Lionel Messi digantung daripada beraksi bersama skuad Argentina selama tiga bulan dan didenda 41,000 pound sterling (RM207,235).

Pemain berusia 32 tahun itu dikenakan hukuman selepas dia menuduh CONMEBOL terbabit dengan rasuah susulan layangan kad merah diterimanya ketika menentang Chile dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada kejohanan yang berlangsung di Brazil.

Menurut Mirror.uuk.com, berikutan itu Messi tidak akan beraksi mewakili skuad negaranya sehingga November depan.

Ini bermaksud dia akan terlepas aksi persahabatan antarabangsa menentang Chile dan Mexico pada September serta Jerman, Oktober depan selain satu aksi kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun Messi mungkin kembali beraksi pada aksi persahabatan menentang Brazil yang dijadualkan pada 13 November depan.

Messi mengkritik CONMEBOL dan enggan mengambil pingat gangsa selepas perlawanan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast