Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diiringi Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir (tiga kanan) berbual mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah (dua kiri) pada Perasmian Persidangan Cukai Nasional 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Malaysia akan memperkenalkan pakej kecemasan bagi menyerap kesan daripada perang perdagangan Amerika Syarikat-China dalam Bajet 2020.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, setiap apa yang berlaku kepada rakan-rakan perdagangannya, Malaysia akan menerima impak langsung.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia, katanya.

“Semasa Bajet (2020) nanti kami alan memperkenalkan langkah kecemasan sekiranya perang perdagangan ini semakin buruk.

“Jadi sudah pastinya ada pakej kecemasan untuk dicuba asalkan ianya mampu mengelakkan sebarang impak buruk daripada perang perdagangan itu.

“Tetapi ada juga pendapat yang menjangkakan pertelagahan (AS-China) akan diselesaikan hujung tahun ini.

“Kita kena tunggu dan lihat tetapi saya rasa, sudah pastinya kita memerlukan (pelan) kecemasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

China dipercayai sengaja membiarkan matawang yuan jatuh bagi membalas semula ancaman terkini oleh Presiden Donald Trump berhubung tarif.

Kadar tukaran wang asing jatuh 1.2 peratus kepada 7.0256 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.19 pagi selepas People’s Bank of China menetapkan kadar rujukan lebih rendah daripada 6.9 buat pertama kali sejak Disember.

Yuan jatuh di bawah 7 bagi satu dolar buat pertama kali sejak 2008. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.