Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara sinikal berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh umum cuti umum dalam tempoh tidak sampai dua tahun kerana pada masa itu hutang langsung negara mencecah RM1 trilion.

Hutang negara sudah mencecah RM805 bilion, selepas Menteri Kewangan pinjam RM3 bilion lagi semalam dan bon panda serta samurai tambahan masih ditunggu.

68467655_10156264708105952_6775638353451679744_n

“Baru masuk bulan August dah pinjam RM87.8 bilion (RM80.5 bilion dalam bon tempatan dan RM7.3 bilion bon samurai).

“Cuma bayar balik RM26 bilion,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, bandingkan pinjaman RM87.8 bilion untuk 8 bulan pertama ini dengan jumlah pinjaman sebanyak RM86 bilion untuk seluruh tahun 2016, yang mana RM48 bilion dibayar balik.

Atau bandingkan dengan tahun 2017 apabila sejumlah RM113.9 bilion dipinjam tetapi RM73 bilion di bayar balik.

“Kerajaan PH kuat pinjam, kuat jual aset tapi ekonomi terus merosot.

“Tak sampai dua tahun lagi, kerajaan PH boleh umum cuti umum bagi hari hutang terus negara cecah RM1 trilion dengan rasminya,” ujar bekas perdana menteri itu. – MalaysiaGazette