Suasana Jabal Rahmah yang menjadi tumpuan jemaah haji seluruh dunia ketika berwukuf di Arafah. foto RADZUAN HASSAN, 10 OGOS 2019

ARAFAH – Rasa rindu kepada Nabi Muhammad SAW dan mahu mengejar doa makbul antara faktor utama sebahagian besar jemaah haji yang berwukuf di Arafah hari ini mahu ke Jabal Rahmah.

Selain beribadah, mereka mahu mengenang kembali zaman ketika Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir di bukit padang pasir itu.

Ia lebih kepada perjalanan rohani kepada setengah jemaah haji.

Menjelang tengahari, cuaca panas membahang, berhabuk dan jalan dipenuhi dengan bas bukan penghalang – lebih-lebih lagi bagi penganut mazhab yang mewajibkan mereka ke Jabal Rahmah semasa berwukuf di Arafah.

Biasa mereka datang berkumpulan dari khemah negara masing- masing dan berjalan beramai-ramai sekitar enam kilometer menuju Jabal Rahmah.

Tidak kira muda atau tua, berjalan atau dipimpin juga berkerusi roda mereka meneruskan perjalanan ke Jabal Rahmah sambil bertalbiah.

MG10082019_Jabal Rahmah_02
Suasana Jabal Rahmah yang menjadi tumpuan jemaah haji seluruh dunia ketika berwukuf di Arafah. foto RADZUAN HASSAN, 10 OGOS 2019

Ada yang turut membawa bekalan air minuman yang berat sepanjang perjalanan dan ada pula pihak yang menyediakan bekalan air sejuk atau jus percuma kepada mereka di tepi-tepi jalan.

Jika letih mereka berhenti di bawah teduhan pokok-pokok kayu atau kaki lima maktab yang ada selama beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan.

MG10082019_Jabal Rahmah_03
Suasana Jabal Rahmah yang menjadi tumpuan jemaah haji seluruh dunia ketika berwukuf di Arafah. foto RADZUAN HASSAN, 10 OGOS 2019

Sementara itu, bagi jemaah haji lain mereka juga boleh tinggal sahaja di khemah masing- masing dan mendengar khutbah Arafah selepas solat Zohor.

Kerajaan Arab Saudi kini menyediakan aplikasi khas telefon pintar pelbagai bahasa utama bagi membolehkan jemaah haji mendengar khutbah yang disiarkan secara langsung.-MalaysiaGazette