Seorang lelaki membawa ayam kampung yang dibeli bagi persiapan terakhir sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – “Ayam segar 6.50 hingga maksimum 7 ringgit sekilo,, mai sini abang kakak ayam kampung 8 ringgit sekilo harga hebat..nak ikan atau sotong segar dari laut.”

Di satu lagi sudut suara penolak troli ikan pula kedengaran : “Abang tepi..tepi sikit bagi laluan. Ikan merah besar, sotong besar, udang harimau ada, mari pilih.”

Hari ini suasana di pasar Chow Kit lebih meriah berbanding kebiasaan apabila orang ramai berpusu-pusu membeli keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha esok.

Warga kota sudah mula turun ke pasar untuk membeli barang masakan sehingga suasana pasar pada pagi bertambah sesak dan sibuk dengan suara tawar menawar sambil memilih ‘tangkapan masing’.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA16
Pengunjung, Ahmad Dahmanhuri Yeop Saidin, 54, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

Rata rata beberapa pembeli di Pasar Chow Kit mengakui harga daging dan ayam serta sumber protein lain seperti ikan beraneka pilihan dijual dengan harga memuaskan.

“Berbanding pasar raya besar dan kedai runcit, ternyata Pasar Chow Kit memang murah sejak dahulu lagi apatah lagi menjelang musim Hari Raya Aidiladha esok.

“Saya setiap minggu datang membeli belah barang basah khususnya ayam kampung dan daging yang bukan sahaja ada pilihan tetapi dagingnya juga segar dan puas hati dengan harga pun yang tidak mencekik darah.

“Manakala ikan kembung gred A pun tidaklah mahal sangat, sama pada hari hari biasa lain. Kalau di luar belum pasti ia segar sepertiĀ  di sini,” kata Ahmad Damanhuri Yeop Saidin kepada MalaysiaGazette di sini.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA17
Pengunjung, Adenan Hashim, 55, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

Adnan Hashim, 55 pengusaha bengkel Kereta dari di Setapak Jaya pula berkata, ayam kampung khususnya begitu banyak dibeli dan begitu juga daging yang harganya memuaskan sekitar RM20 sekilogram sahaja.

“Ayam kampung pun selalunya ramai suka beli di sini kerana murah sekitar RM8 sekilo berbanding di luar ada sekilo cecah sehingga RM12 hingga RM13 sekilo.

“Hari ini pun saya tinjau harga ayam kampung RM8 dengan ayam segar murah RM6.50 sekilo, tapi saya memilih daging tempatan untuk masak rendang kali ini sebab hari istimewa kan,” katanya.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA18
Pengunjung, Kalesom Che Ali, 60, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

Seorang suri rumah warga emas, Kelesom Che Ali, 60, dari Keramat pula berkata, Pasar Chow Kit dan pasar raya Rosyam Nor dua premis yang menjadi pilihannya untuk mendapatkan daging dan ayam segar selain sumber laut lain seperti ikan kembung, sotong dan sebagainya.

“Kalau nak beli ayam saya pergi tinjau di pasar Rosyam dulu kalau tiada pilihan di sana barulah saya datang ke Chow Kit dan menjelang Aidiladha esok, harga sini boleh tahan juga dan harga pun tak banyak beza dengan pasar raya Rosham.. banyak pilihan baik daging mahupun sayur-sayuran,” katanya.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA19
Pengunjung, Mohamad Azmeer Firdaus, 37, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

Mohamad Azmeer Firdaus, 37, peniaga restoran makanan pula mengakui harga barang basah dan sayur yang sentiasa menjadi rungutan orang ramai pada setiap musim perayaan tidak timbul kali ini.

“Oleh kerana setiap hari saya datang membeli barang sayur, daging serta ayam segar di Chow Kit ini, harga tidak mahal setakat ini, murah berbanding premis lain di luar.

‘Pasar Raja Bot memang murah dan daging, ikan, sotong atau ayam kampung sememangnya segar dan ada banyak pilihan untuk kita,” katanya.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA21
Pengunjung, Raudatul Musrifah Ahmad Holil,27, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

Bagai jurujual swasta Raudatul Musfirah Ahmad Holil, 27, dari Sungai Besi pula menyatakan harga ayam kampung mahupun ayam segar tidak mengejutkan dengan kenaikan seperti sebelum ini.

“Saya lihat di beberapa kedai tadi minimum dijual dari harga RM6.50 sekilo hingga RM7 ringgit dan jika dikira seekor sekitar RM13 juga tapi dagingnya segar,” ujarnya.

Peniaga ikan, ayam dan daging juga nampaknya tidak berdepan masalah dengan permintaan agak tinggi untuk daging hari ini bersempena Aidiladha.

Edy Syahputra Saffarrudin, 45 berkata, kali ini ikan sardin, kembung hitam dijual RM10 sekilo manakala ikan tongkol putih RM7 sekilo dan sotong besar RM12 sekilo serta sotong saiz sederhana berharga RM8 sekilo.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA20
Peniaga, Edy Syahputra Safaruddin, 45, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

“Kami tidak ada tekanan daripada pembekal mahupun pemborong yang kami berurusan untuk mendapatkan bekalan harian sumber protein yang menjadi pilihan harian orang ramai,” ujar beliau.

Seorang lagi peniaga ikan dan daging ayam kampung, Shahrul Ashraf Mohd Saman, 23 dari Gombak yang membantu rakannya menjual daging ayam kampung berkata, ayam kampung dan daging lembut begitu panas dijual.

MGF100819_PERSIAPAN TERAKHIR AIDILADHA23
Peniaga, Shahrul Ashraf Mohd Saman, 23, bercakap sempena persiapan menjelang hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 OGOS 2019

“Abang bayangkan kami hari ini niaga 150 sehingga 200 ekor ayam kampung tapi semuanya habis dijual begitu cepat, sebab mungkin harga dijual, kini cuma ada ayam segar sahaja sekilo RM8.

“Daging segar pula kami jual yang diimport dan sekilo sekitar RM20 untuk daging biasa manakala daging lembut RM21 sekilo,” tegasnya sambil menjangkakan keadaan akan sesak menjelang lewat petang dan malam ini. – MalaysiaGazette