TERKINI : Kakitangan UTUSAN “Hutang Ah Long, Air Sirap Ganti Susu Untuk Anak”

KUALA LUMPUR – Ekoran tidak dibayar gaji melebihi dua bulan, sejumlah 769 kakitangan Utusan Melayu dilaporkan hidup dalam serba kekurangan.

Malah menurut Setiausaha Agung Kesatuan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew berkata, disebabkan kesempitan wang, ada daripada kalangan ahli mereka di Utusan bertindak membuat pinjaman Ah Long bagi menampung hidup mereka.

“Ahli kami kini berhutang keliling pinggang kerana tiada gaji untuk membayar pinjaman peribadi, rumah dan kenderaan. Malah ada juga yang berhutang Ah Long sampaikan bergadai bergolok barang kemas sendiri untuk memberikan makan anak-anak.