Umat Islam menunaikan haji dengan menyempurnakan wukuf di Arafah.

ARAFAH – Kasih sayang sesama insan menjadi inti utama khutbah sempena wukuf di sini semalam.

Kasih sayang juga disebarkan melalui ibadah haji, kata khatib, Sheikh Mohammed bin Hassan Al-Sheikh yang juga ahli kanan Majlis Penjaga Dua Masjid Suci Arab Saudi.

“Kerana rahmah sesama manusia, tampaklah jejak-jejak yang indah dan akibat-akibat yang terpuji. Dari situ muncul kecintaan.

“Dengan itu, tersebarlah toleransi, terjalin keakraban, dan terbentuk kerjasama,” katanya dalam khutbah yang sama.

arafah khutbat
Sheikh Mohammed bin Hassan Al-Sheikh

Menurut Sheikh Mohamed, kasih sayang sesama umat Islam perlu memandangkan mereka sama-sama sujud menyembah Allah.

Para nabi, katanya, amat menyayangi sesama ciptaan Allah dan ia akan berlanjutan sampai kiamat.

Katanya, jika anda orang berilmu dan ada orang datang kepadamu meminta bantuan itu bermakna tuhan meletakkan sifat kasih sayangnya.

Tuhan tidak meletakkan kesalahan kepada insan yang berbuat kesalahan kerana kebodohan mereka sedangkan Allah Maha Pengampun.

“Semua umat Islam bersaudara dan kasih sayang bagai satu tubuh, satu sakit semua tubuh juga sakit,” ujarnya.

Malah kasih sayang Allah juga perlu dilihat lebih-lebih lagi kepada orang rapat seperti keluarga sendiri.

Malah katanya ada orang masuk syurga kerana kasih sayang kepada seekor anjing dan yang membuang duri di tengah jalan.- MalaysiaGazette