Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

PULAU PINANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah membersihkan dan menjalani kerja-kerja pembaikan selepas ribut melanda pulau itu pada malam Jumaat.

Walaupun kerosakan ke lapangan terbang, namun tiada penumpang yang cedera semasa insiden tersebut.

Kejadian itu menyebabkan menjejaskan lebih 1,000 orang penumpang manakala 300 penumpang diberikan kemudahan bermalam disebabkan 21 penerbangan tertangguh dan dua lagi dibatalkan.

Beberapa kerosakan yang dilakukan termasuk sebahagian bumbung dan siling serta pintu kaca dan papan tanda pecah.
Sebuah kereta juga dilaporkan mengalami kerosakan ditimpa arca.

“Pasukan krisis kami telah menilai kerosakan dan menyelaraskan dengan semua pihak yang terlibat di lapangan terbang untuk memastikan pembersihan terminal yang menyeluruh dan landasan bersih daripada serpihan,” kata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). – MalaysiaGazette