Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara pagi ini.

Berpakaian baju Melayu berwarna jingga, Dr Mahathir menyertai jemaah menyempurnakan solat sunat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

MGF110819_SOLAT SUNAT AIDILADHA08
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 OGOS 2019

Usai solat, orang mengambil peluang bersalaman dengan perdana menteri.

Dr Mahathir ketika ditemui medi turut kemudian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Beliau turut mengingatkan umat Islam bahawa Aidiladha bukan hanya menuntut korban binatang ternakan, sebaliknya mereka mesti sanggup berkorban demi membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

“Inilah harapan kita iaitu kita belajar tentang berkorban dan pentingnya pengorbanan di kalangan umat Islam,” katanya.

Umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidiladha hari ini dengan menunaikan solat sunat Aidiladha dan melakukan ibadah korban. – MalaysiaGazette