BEIJING – Syarikat telekomunikasi terbesar China, Huawei berjaya melancarkan televisyen pintar menggunakan sistem operasi sekaligus menjadi produk pertama seumpama itu.

Agensi melaporkan televisyen pintar itu akan mula dijual minggu depan di China terlebih dahulu.

Menurut Ketua Eksekutif Huawei, George Zhao, penggunaan televisyen pintar itu juga menandakan permulaan penggunaan HamonyOS dengan di pasarkan di bawah jenama Honor.

Huawei sebelum ini telah di senarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki bertindak menyediakan ruang kepada perkhidmatan risikan China bagaimanapun syarikat itu berkali-kali menafikan dakwaan tersebut sehingga kini.

“HarmonyOS sebenarnya sangat di nanti-nantikan, ianya merupakan sistem operasi alternatif bagi telefon dan perkakasan pintar yang lain,” katanya.

Ini juga selari selepas AS mengenakan sekatan terhadap syarikat itu daripada menggunakan teknologi Android baru-baru ini.

Syarikat-syarikat AS tidak dibenarkan lagi menjual produk teknologi kepada Huawei, tetapi tempoh tiga bulan pengecualian itu yang akan berakhir minggu depan dikenakan oleh Washington sebelum langkah itu dikuatkuasakan.

Ini juga boleh menyebabkan Huawei tidak memperoleh perkakasan dan perisian utama, termasuk cip telefon pintar dan elemen dari sistem operasi Google Android, yang mengendalikan majoriti telefon pintar di dunia, termasuk Huawei. –MalaysiaGazette