KUALA LUMPUR – Ekoran kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir yang tular semalam, para netizen mula memuatnaik beberapa video sebelum kejadian yang meragut nyawa lelaki berkenaan.

Terbaharu, video berdurasi 29 saat yang dikongsikan di Twitter menunjukkan situasi dimana kereta Axia yang dipandu arwah Syed Muhammad Danial dilihat berhenti di tepi lebuhraya.

Ia turut memperlihatkan kereta yang dipandu suspek, seorang lelaki Cina berada di belakang kereta Perodua Axia terbabit.

Terdapat tiga lelaki antaranya Syed Muhammad Danial, suspek dan seorang lagi lelaki berada di tempat kejadian.

Arwah Syed Muhammad Danial dilihat membuka kereta yang dipandunya.

Malah seorang pengguna media sosial yang bernama Fadzilah Mamat yang memuatnaik satu lagi video berdurasi enam saat berkata suspek yang sepatutnya ditenangkan semasa insiden berkenaan.

“Tengok video ni Axia kat depan dan Innova kat belakang. Kemungkinan besar Innova yang kejar Axia dan langgar Axia.

“Dalam video ni pun nampak suspek yang perlu ditenangkan,” katanya di Twitter.

Syed Muhammad Danial maut selepas terbabit dalam satu pergelutan akibat perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di KM 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an dan direman tujuh hari mulai hari ini hingga 17 Ogos di Mahkamah Majistret Kajang.

Semalam satu video mengenai kejadian tersebut juga tular https://www.youtube.com/watch?v=s9wJ2RPfWDM

-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.